Pemilik Spanco, Robert Tan tiba di mahkamah

Robert Tan (kiri) tiba di kompleks mahkamah pada Rabu, dipercayai bagi menghadapi pertuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.
Robert Tan (kiri) tiba di kompleks mahkamah pada Rabu, dipercayai bagi menghadapi pertuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tokoh korporat, Tan Sri Robert Tan Hua Choon tiba di kompleks mahkamah di sini pada Rabu, dipercayai bagi menghadapi pertuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.

Robert Tan yang hadir dengan bertongkat serta memakai baju kemeja berkot biru dengan diiringi beberapa individu pada jam 8.13 pagi.

Mengikut sistem mahkamah, pertuduhan ke atas ahli perniagaan itu akan dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan bergelar Tan Sri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung dakwaan menipu.

Ia selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin untuk mendakwa tokoh korporat itu dipercayai membabitkan kontrak kerajaan.

Sebelum ini, SPRM juga telah membekukan beberapa akaun bank persendirian milik lelaki itu bernilai puluhan juta ringgit.

Pembekuan akaun bank berkenaan adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28