Tinta perlukan RM750,000 bangunkan dewan serbaguna

Majlis khatam al-Quran dilakukan setiap hari sepanjang Ramadan di Maahad Tahfiz Intan.
Majlis khatam al-Quran dilakukan setiap hari sepanjang Ramadan di Maahad Tahfiz Intan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak RM750,000 diperlukan Maahad Tahfiz Intan (Tinta) bagi membangunkan sebuah dewan pelbagai guna bagi memberi keselesaan kepada jemaah.

Pengerusi merangkap mudir, Idrus Ahmad berkata, dewan berkenaan akan digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk kelas pengajian al-Quran, solat berjemaah, majlis ilmu, program selawat dan kemasyarakatan.

Menurutnya, sebelum ini sebarang program dilaksanakan di ruangan sedia ada yang turut digunakan pelajar untuk sesi pembelajaran dan ulang kaji.

Idrus (kanan) bersama kakitangan Maahad Tahfiz Intan yang terletak di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani.
Idrus (kanan) bersama kakitangan Maahad Tahfiz Intan yang terletak di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani.

"Kami merayu para dermawan yang sudi membantu agar sebuah dewan untuk kegunaan anak-anak tahfiz ini berjaya direalisasikan.

"Dengan adanya dewan ini akan memberi keselesaan kepada pelajar dan juga pengunjung sekiranya melibatkan jemaah yang ramai," katanya.

Jelasnya, setakat ini, Tinta mempunyai 43 pelajar kesemuanya lelaki berusia 13 tahun ke atas.

"Sejak ditubuhkan pada 2014, kami telah berjaya menghantar 18 pelajar melanjutkan pelajaran ke Maahad Ribat Darul Qoum, Hadramaut, Yaman.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, sepanjang Ramadan, kita laksanakan solat tarawih dengan bacaan satu juzuk setiap malam dan khatam Quran pada sebelah siang setelah selesai tadarus melibatkan pelajar dan staf pada setiap hari," katanya.

Antara pelajar Maahad Tahfiz Intan yang mengikuti pengajian bersama Idrus (tengah).
Antara pelajar Maahad Tahfiz Intan yang mengikuti pengajian bersama Idrus (tengah).

Selain itu, jelasnya, Tinta yang terletak di Lot 11559 Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani juga dipilih sebagai ejen sah Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Idrus menjelaskan, pihaknya mengalu-alukan sebarang sumbangan atau wakaf bukan sahaja secara tunai malah secara dalam talian.

Sumbangan atau wakaf boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 0211-4010-0007-23 atau Maybank bernombor 5521-8950-7087 atas nama Maahad Tahfiz Intan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28