Sila log masuk terlebih dahulu.

Mangsa sindiket pekerjaan disoal siasat - Mohamad

02 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 2 APRIL 2024

Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya berperanan sebagai dalang.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan tegas akan dikenakan mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 sekiranya terdapat bukti bahawa mereka yang diselamatkan itu ialah dalang yang merekrut mangsa.

Tambah beliau, sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh didakwa dan dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657783/berita/nasional/mangsa-sindiket-pekerjaan-disoal-siasat---mohamad

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Sindiket #Pemerdagangan