Sila log masuk terlebih dahulu.

Anak harapan keluarga kini terlantar lumpuh

01 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 1 APRIL 2024

Luluh hati seorang ibu apabila anak sulung yang diharapkan untuk mencari rezeki buat keluarga hanya mampu terlantar di atas katil sejak 10 tahun lalu selepas lumpuh akibat terlibat kemalangan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ibunya, Nor Azizah Mohamad, 53, berkata, dia sedih melihat keadaan Mohd Azirul Ismail Khairul, 30, kerana sebelum terlibat kejadian itu, dia merupakan seorang yang aktif dan sering membantu ayahnya ke laut.

Jelasnya, Azirul yang terlantar dan tidak dapat menggerakkan kedua-dua belah tangannya akan mengalami sesak nafas sekiranya keadaan cuaca terlalu panas.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/657582/edisi/johor/anak-harapan-keluarga-kini-terlantar-lumpuh?fbclid=IwAR15BKw2wEn6H1KGMm0qGMskYOHq8Mdv7Bo99LI6eYrYbL481zVls8Ml0yo

Muzik: The Smile dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Johor #AnakTerlantar #Lumpuh