Sila log masuk terlebih dahulu.

350 kampit beras percuma 'licin' tak sampai 10 minit

A
A
A

BERITA SEMASA 29 MAC 2024

Sebanyak 350 kampit beras percuma yang disumbangkan oleh sebuah kedai runcit di Kuala Terengganu habis dalam tempoh tidak sampai 10 minit, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Pengurus Gemilang Speed Mart, Siti Fatimah Mohamed Farook berkata, walaupun waktu agihan beras tersebut bermula jam 2 petang, orang ramai telah menyerbu kedai berkenaan seawal jam 12.30 tengah hari.

Katanya, pada peringkat awal mereka hanya menyediakan 300 kampit beras jati seberat 5 kilogram (kg) yang setiap satunya berharga RM21.50, namun disebabkan sambutan di luar jangkaan mereka menambah 50 kampit lagi beras tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657055/edisi/terengganu/350-kampit-beras-percuma-licin-tak-sampai-10-minit

Muzik: Elevate dari www.bensound.com