Edar dadah: Bekas mahasiswa terlepas hukuman gantung

Tertuduh (kanan, baju putih) terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini mengantikan hukuman itu kepada 30 tahun penjara dan 12 sebatan kerana mengedar dadah jenis kanabis 1.9 kilogram, empat tahun lalu.
Tertuduh (kanan, baju putih) terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini mengantikan hukuman itu kepada 30 tahun penjara dan 12 sebatan kerana mengedar dadah jenis kanabis 1.9 kilogram, empat tahun lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Bekas mahasiswa terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini menggantikan hukuman itu kepada 30 tahun penjara dan 12 sebatan kerana mengedar dadah jenis kanabis 1.9 kilogram empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nur Arif Nur Akil, 26, selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta memutuskan hukuman penjara berjalan bermula dari tarikh ditangkap pada 2 September 2020.

Sebelum itu, peguam tertuduh, Shah Rizal Abdul Manan dalam hujahnya berkata, tertuduh ketika ditangkap berusia 22 tahun dan ia merupakan kesalahan pertamanya.

"Kami merayu agar mahkamah yang mulia ini dapat memberikan hukuman penjara agar beliau dapat bebas juga suatu hari nanti.

"Walaupun tempohnya saya percaya akan mengambil masa yang sangat lama dan mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh semasa ditangkap telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis," katanya.

Bagaimanapun, Ala’uddin meminta hukuman mati dijatuhkan kepada tertuduh mengambil kira kepentingan awam termasuk faktor pencegahan, penghukuman serta kesalahannya dalam kes terbabit.

“Ia merupakan kes pengedaran dan kesalahan ini dapat dibuktikan secara terus dan tidak menggunakan sebarang anggapan..sama ada dadah soft atau high, itu bukan persoalan kerana kesan pengambilan tetap negatif.

“Sebab itu negara mengharamkan segala berkaitan dadah melainkan diberikan lesen. Dalam kes ini, tertuduh merupakan pelajar universiti dan seharusnya seorang yang berpelajaran tahu akibat dan kesan sekiranya terlibat dengan dadah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan pertuduhan, pada 2 September 2020 jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis kanabis berat bersih 1900.9 gram.

Dia didakwa telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Proses perbicaraan yang berlangsung sejak 10 April tahun lalu melibatkan lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!