Sila log masuk terlebih dahulu.

Kadar keciciran pelajar menurun - KPM

A
A
A

BERITA SEMASA 27 MAC 2024

Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tujuh tahun lalu bagi sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata kadar keciciran murid pada peringkat rendah menurun daripada 0.29 peratus pada 2017 kepada 0.06 peratus pada 2023.

Pada peringkat menengah pula, kadar keciciran menurun daripada 1.36 peratus pada 2017 kepada 0.83 peratus pada 2023.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim sama ada KPM dapat mengenal pasti kadar keciciran murid, terutama dalam kalangan pelajar miskin bandar, luar bandar dan pinggir bandar, kanak-kanak Orang Asli dan tidak berdokumen.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com