Sila log masuk terlebih dahulu.

KPWKM kerjasama dengan polis tapis calon pengasuh taska

A
A
A

BERITA SEMASA 27 MAC 2024

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membuat tapisan keselamatan terhadap calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh di taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya mahu memastikan calon pengasuh dan pelindung berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kes penderaan kanak-kanak di taska.

Jelasnya, KPWKM akan berikan prosedur operasi standard (SOP) kepada taska dan prosedur itu akan ditambah jika terima banyak kes bagi membantu pusat berkenaan.

Tambahnya, setiap taska perlu ada kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan KPWKM pantau dalam taska dan memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun mengenai langkah diambil kerajaan untuk mengelakkan kes penderaan dan kematian kanak-kanak di taska.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com