Sila log masuk terlebih dahulu.

Untuk redakan keadaan, kita serah kepada polis' - Dr Akmal

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MAC 2024

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyerahkan segala siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH kepada pihak polis bagi meredakan keadaan seterusnya dikenakan tindakan keras kepada pihak yang terlibat.

Dr Muhamad Akmal berkata, ia termasuk ugutan bunuh dibuat terhadapnya dan insiden khianat membaling bom petrol pada cawangan kedai serbaneka KK Mart di Perak.

Katanya, walaupun diugut bunuh, tetapi pendirian beliau dan seluruh umat Islam Malaysia tidak akan berganjak untuk meruskan kempen #boikotkkmart agar menjadi pengajaran yang keras untuk semua supaya tidak memperlekehkan agama Islam di bumi ini.

Sebelum ini video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah ALLAH tular menerusi media sosial, yang didakwa dijual di KK Super Mart Bandar Sunway sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656797/berita/semasa/untuk-redakan-keadaan-kita-serah-kepada-polis---dr-akmal

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #UMNO #KKMart