Bekas penghulu derma darah 110 kali

Jamsari menjadikan amalan derma darah sebagai kewajipan dalam dirinya sejak berusia 19 tahun.
Jamsari menjadikan amalan derma darah sebagai kewajipan dalam dirinya sejak berusia 19 tahun.
A
A
A

SEREMBAN – Bagi sesetengah orang, menderma darah sesuatu yang menakutkan, namun tidak bagi Jamsari Mohamad, 54, yang sudah 110 kali menderma darah.

Bapa kepada lima anak itu telah menjadikan amalan berkenaan sebagai kewajipan dalam dirinya sejak berusia 19 tahun.

Menurutnya, dia menderma darah untuk kesihatan dan tidak pernah tertinggal untuk berbuat demikian sekurang-kurangnya empat kali setahun.

"Tapi kalau ada peluang untuk derma lebih dari itu, saya akan derma saja kerana dah anggap ia jadi satu kewajipan bagi saya.

"Ia adalah satu bentuk sumbangan saya kepada masyarakat dan tujuan utama saya menderma darah untuk menampung keperluan tabung darah negara bagi membantu pesakit yang memerlukan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Malah katanya, dia bersyukur dalam usianya sekarang tidak pernah berdepan masalah kesihatan yang serius.

Justeru itu, bekas penghulu berkenaan menggalakkan masyarakat menderma darah kerana ia baik untuk kesihatan.

"Jangan dengar cakap kononnya derma darah ini boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana yang penting setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan teruskan rutin ini kerana ia dapat membantu ramai orang dan berharap lebih ramai tampil untuk menjadikan aktiviti menderma darah ini sebagai sumbangan kepada masyarakat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!