Pelajar UniMAP maut, seorang cedera parah kereta terbabas

Seorang pelajar UniMAP maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Jalan Changlun-Kuala Perlis berhampiran jejambat Pauh di Arau, malam Sabtu. Gambar hiasan
Seorang pelajar UniMAP maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Jalan Changlun-Kuala Perlis berhampiran jejambat Pauh di Arau, malam Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Jalan Changlun-Kuala Perlis berhampiran jejambat Pauh di Arau, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pelajar perempuan yang juga penumpang kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya seorang pelajar lelaki cedera parah dalam kejadian kira-kira 10 malam.

"Siasatan awal mendapati kenderaan dari arah Changlun menghala ke Kuala Perlis itu dipercayai terbabas sendiri. Semasa melalui selekoh berhampiran jejambat Pauh, Arau kereta ini dipercayai telah hilang kawalan ke kiri jalan.

"Sebelum melanggar tiang lampu JKR (Jabatan Kerja Raya) dan kemudian melanggar pokok di bahu kiri jalan sebelum berpusing ke tengah jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mohsin berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk proses bedah siasat dan pelajar lelaki yang cedera parah itu turut mendapatkan rawatan di hospital sama.

Sementara itu, UniMAP dalam kenyataan mengesahkan kedua-dua pelajar terbabit iaitu Fatin Atiqah Nordin, 22, yang maut dan Muhammad Ameer Afiq Husni, 22, yang cedera parah merupakan pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Komunikasi (FPK). - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: