Lelaki Thai makan cicak dakwa tingkat prestasi seksual

Sommai menunjukkan cara-cara dia memakan cicak kepada wartawan yang menemu bualnya. Foto Agensi
Sommai menunjukkan cara-cara dia memakan cicak kepada wartawan yang menemu bualnya. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang lelaki Thailand menemui ubat alternatif bagi menyembuhkan mati pucuk dan meningkatkan prestasi seksual hanya dengan memakan cicak, lapor Thaiger.

Lelaki tersebut, Sommai, 59, menganggap reptilia itu mampu meningkatkan prestasi seksual selepas memakannya dalam tempoh tiga jam.

Perkara itu didedahkan oleh anggota keluarga Sommai ketika dia yang tinggal di wilayah tengah Chantaburi melawat mereka di wilayah timur Trat baru-baru ini.

Semasa mereka berkumpul, Sommai melakukan tindakan mengejutnya apabila tiba-tiba menangkap cicak di dinding dan memakan haiwan itu hidup-hidup.

Tindakan Sommai itu akhirnya dapat dihidu wartawan yang kemudian menemu bualnya mengenai cita rasa peliknya itu.

Semasa ditemu bual, Sommai mendedahkan bahawa datuk dan neneknya telah memakan cicak sejak dia masih kecil.

Mereka memberitahunya bahawa cicak boleh meningkatkan prestasi seksual dan dia percaya petua itu adalah benar serta mengamalkannya sehingga hari ini.

Dia merasakan stamina seksualnya meningkat selepas memakan reptilia kecil itu.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, cicak itu 'bersih' kerana ia hanya memakan serangga kecil.

Tetapi dia mengesyorkan supaya mereka perlu membersihkan haiwan itu terlebih dahulu sebelum makan.

Semasa temu bual, Sommai menunjukkan cara makan cicak di hadapan kamera.

Sebelum itu, dia membersihkan reptilia dengan air soda dan memakannya semasa ia masih hidup.

Sommai menambah bahawa ini adalah kepercayaan peribadinya dan dia sangat yakin dengan kebaikan selepas memakan cicak.

Sebelum ini, seorang lelaki Thailand berusia 74 tahun menjadi tajuk utama akhbar pada 2013 kerana memakan cicak.

Lelaki itu mendedahkan bahawa dia telah memakan reptilia itu selama 12 tahun dan mendapati ia membantunya kekal sihat. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!