Finland ikut jejak Australia sambung semula bantuan kepada UNWRA

Seorang lelaki Palestin membawa guni bantuan kemanusian UNRWA di pusat pengedaran di Rafah. - Foto: AFP
Seorang lelaki Palestin membawa guni bantuan kemanusian UNRWA di pusat pengedaran di Rafah. - Foto: AFP
A
A
A

HELSINKI - Finland akan menyambung semula bantuan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA), umum Menteri Perdagangan dan Pembangunan Luar, Ville Tavio pada Jumaat.

Sebelum ini, Finland menggantung pembiayaan 5 juta euro (RM25 juta) pada Januari lalu susulan dakwaan Israel bahawa 12 daripada 30,000 kakitangan agensi PBB itu terbabit dalam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Kira-kira 15 negara termasuk Britain, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat menghentikan pembiayaan berikutan tuduhan itu manakala, Australia, Kanada dan Sweden, mengumumkan awal bulan ini mereka menyambung semula bantuan kepada agensi tersebut.

"Peningkatan pengurusan risiko UNRWA, bermakna mencegah salah laku dan memulakan pemantauan rapi, memberikan kami jaminan yang mencukupi pada ketika ini untuk menyambung semula sokongan," kata Tavio dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sepuluh peratus daripada pembiayaan Finland akan diperuntukkan kepada pengurusan risiko.

Pengeboman Israel ke atas Gaza sejak serangan balas tentera Israel pada Oktober telah membunuh hampir 32,000 orang, menurut kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas.

UNRWA ialah organisasi bantuan terbesar di Gaza. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: