Sila log masuk terlebih dahulu.

Stoking kalimah ALLAH: Kertas siasatan lengkap, tunggu arahan AGC

A
A
A

BERITA SEMASA 22 MAC 2024

Polis telah menyiapkan kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking kalimah ALLAH dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya hanya menunggu arahan terkini daripada AGC, setelah 143 laporan polis diterima dan sebanyak 174 saksi diambil keterangan.

Katanya, pertuduhan akan diajukan ke atas dua pihak iaitu pemilik kedai serbaneka KK Mart dan pihak syarikat pengedar stoking.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/655971/berita/semasa/stoking-kalimah-allah-kertas-siasatan-lengkap-tunggu-arahan-agc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #IsuStoking #PDRM #Polis