Sila log masuk terlebih dahulu.

World #QuranHour 2024 pilih surah Al-Jumu'ah

A
A
A

BERITA SEMASA 22 MAC 2024

World #QuranHour kembali untuk anjuran kali ke-9 membawakan Surah Al-Jumu'ah sebagai tema, yang bertujuan memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini dijangka mendapat penyertaan peserta mencecah lebih 4,000 orang pada 4 April ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, surah berkenaan menjadi pilihan dalam program World #QuranHour2024 untuk dihayati semua jemaah kali ini sebagai usaha mengubah kerangka fikiran dan karakter muslim dalam aspek sosial.

Mengulas lanjut, menerusi pembacaan dan renungan al-Quran secara kolektif, peserta digalakkan untuk mencari pemahaman yang lebih mendalam supaya dapat menerapkan perkara positif dalam kehidupan mereka.

Ujarnya, Surah Al-Jumu'ah bakal membawa perubahan sosial dan penyatuan ummah walaupun berbeza pendapat.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/655576/khas/wacanaquran/penyertaan-world-quranhour2024-dijangka-cecah-lebih-4000-orang

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

World #QuranHour

Ummah #GrandReset

#SurahAlJumuah