JPNJ sedia khidmat kaunseling pelajar mangsa liwat

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KULAI - Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada tiga pelajar lelaki yang didakwa menjadi mangsa liwat kepada pemimpin pemuda sebuah parti politik di Mersing.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sesi kaunseling itu akan dilaksanakan mengikut garis panduan dan akan diadakan dalam masa terdekat.

Aznan (kanan) mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai, pada Khamis.
Aznan (kanan) mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra di Kulai, pada Khamis.

"JPNJ dalam tindakan membantu remaja terbabit dan akan menguruskan sesi kaunseling tersebut.

"Buat masa sekarang, kita serahkan segalanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan," katanya selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra di sini, pada Khamis.

Pada Rabu, polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, susulan itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an, pada Rabu dan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir pada Khamis.

Sebelum itu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, mangsa mendakwa pernah diliwat suspek sejak antara 2017 hingga Februari lalu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28