Sila log masuk terlebih dahulu.

Pelajar gagal kes saman guru pukul kepala guna penyapu

A
A
A

BERITA SEMASA 20 MAC 2024

Seorang pelajar 13 tahun, gagal dalam kes samannya terhadap tiga pihak termasuk bekas guru bahasa Melayu di sebuah sekolah kebangsaan di Selayang, berhubung dakwaan memukulnya hingga berdarah menggunakan penyapu, lima tahun lalu.

Ia berikutan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin menolak saman yang dikemukakan pelajar berkenaan (ketika kejadian berusia lapan tahun) yang diwakili bapanya yang berusia 41 tahun selaku plaintif terhadap guru wanita (60 tahun), guru besar sekolah sama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Ketika membaca keputusan penghakiman, Nor Rajiah berkata, mahkamah mendapati, plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap semua defendan.

Artikel:

https://www.sinarharian.com.my/article/655551/berita/semasa/pelajar-gagal-kes-saman-guru-pukul-kepala-guna-penyapu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #saman #guru #pelajar