Program Kasih Asnaf FGV Holdings santuni 100 asnaf

Rastam (tengah) melakukan gimik pelancaran Video Viral Raya 2024: ‘Minyak Maaf’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Rastam (tengah) melakukan gimik pelancaran Video Viral Raya 2024: ‘Minyak Maaf’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - FGV Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) memberi sumbangan berjumlah RM15,000 kepada 100 asnaf sekitar Lembah Klang menerusi program Kasih Asnaf ketika Majlis Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Isnin.

Pengerusinya, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, sempena kempen Sajikan Kemesraan tahun ini, setiap penerima yang layak akan mendapat hamper barangan Saji dan Seri Pelangi bernilai RM50 dan wang tunai RM100.

“Inisiatif ini sejajar tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan iaitu menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat menerusi kolaborasi bersama Muslim Care Malaysia.

Rastam berucap ketika pelancaran Video Viral Raya 2024: ‘Minyak Maaf’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Rastam berucap ketika pelancaran Video Viral Raya 2024: ‘Minyak Maaf’ di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Sebanyak RM1.2 juta sumbangan disasar diberikan kepada golongan asnaf.

“Kami bersama badan berkaitan bersama-sama turun padang menghulurkan bantuan dan melihat sendiri kelangsungan hidup golongan asnaf.

“Semoga berkat usaha ini, kita dapat bersama-sama berkongsi kemanisan Ramadan dan Aidilfitri dengan seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika Majlis Pelancaran Filem Pendek Raya Saji di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, Shammim Azad; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan ahli lembaga FGV Holdings.

Artikel Berkaitan:

Ujar Rastam, filem pendek berjudul Minyak Maaf itu membawa mesej tersembunyi di sebalik aksi komedi lakonan Joey Daud dan Balkisyh Semundur Khan bersama barisan pelakon tersohor seperti Nasir Bilal Khan serta Delimawati Ismail.

Rastam menyerahkan kotak hamper dan sumbangan wang tunai kepada penerima. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Rastam menyerahkan kotak hamper dan sumbangan wang tunai kepada penerima. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Filem pendek ini pasti menghiburkan dan membuatkan anda tidak kering gusi ketika menontonnya.

“Dengar tajuknya sahaja sudah unik hingga membuatkan orang ramai tertanya–tanya makna di sebalik tajuk ini.

“Watak Abdul (Joey) itu sendiri menghidupkan jalan cerita. Apa yang Abdul buat sehinggakan orang-orang kampung lari daripada dia? Jom tonton filem ini di semua media sosial Saji Malaysia atau layari www.sajikankemesraan.com bermula hari ini,” katanya.

Menurutnya, Facebook rasmi Saji Malaysia turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat antaranya resipi menggunakan produk Saji dan Seri Pelangi serta penampilan istimewa program digital 'SAJI Santapan Rohani: 30 Hari Bersama PU Amin'.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihaknya juga memperkenalkan produk baharu iaitu Ketupat Mini Saji dan Sup Bunjut Saji bagi melengkapkan lagi hidangan harian yang berada di pasaran bermula Mac serta peraduan 'Raikan Kemeriahan' yang menawarkan hadiah lumayan kepada pelanggan setia.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (kiri) bersama Rastam dan Muhammad Nasir (kanan) meninjau program Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (kiri) bersama Rastam dan Muhammad Nasir (kanan) meninjau program Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Jelas beliau, tawaran hadiah wang tunai RM50,000 menanti pembeli bermula 10 Mac hingga 10 Mei depan dengan pembelian barangan Saji dan Seri Pelangi serendah RM20 sahaja.

“Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR disediakan dan menghantar resit sebagai bukti. Pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti pin tambah nilai Touch N’ Go dan wang tunai.

“Untuk makluman, penyertaan kami dalam program Iftar Ala Madinah ini adalah kerjasama sulung antara Saji dan Seri Pelangi bersama Sinar Harian. Ia merupakan aktiviti bermanfaat untuk merapatkan silaturahim serta berkongsi juadah.

“Kami juga berbesar hati apabila diberi peluang menyertai program sebegini,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28