Sila log masuk terlebih dahulu.

Nelayan Vietnam ditahan, nilai rampasan hampir RM3 juta

A
A
A

BERITA SEMASA 19 MAC 2024

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kelantan menahan 23 nelayan asing warga Vietnam bersama dua bot dan rampasan bernilai hampir RM3 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Serbuan dilakukan pada kedudukan 160 hingga 162 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh pada Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, operasi dilaksanakan oleh kapal milik agensi itu dalam pelaksanaan rondaan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam merangkumi Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris.

Jelasnya, seramai 23 nelayan Vietnam ditahan dan turut dirampas peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi, komunikasi serta bekalan diesel 2,500 liter dengan anggaran keseluruhan hampir RM3 juta.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655364/berita/semasa/23-nelayan-vietnam-ceroboh-perairan-tok-bali-ditahan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com