Haitham Tariq Al-Said angkat sumpah Sultan Baharu Oman

Haitham Tariq Al Said - Foto AFP
Haitham Tariq Al Said - Foto AFP
A
A
A

MUSCAT - Haitham Tariq Al-Said mengangkat sumpah sebagai Sultan Oman yang baharu susulan kemangkatan Qaboos Said, lapor agensi berita Anadolu hari ini.

Sultan Qaboos meninggal dunia semalam pada usia 79 tahun selepas sekian lama menderita sakit.

Televisyen Oman melaporkan, pihak berkuasa telah membuka surat Qaboos yang menamakan penggantinya tanpa menguraikan dengan lanjut sebelum mengumumkan Haitham Tariq sebagai pemerintah baharu.

Qaboos telah menerajui tampuk pemerintahan Oman sejak 1970.

Baginda merupakan sultan kelapan dan paling lama memerintah dalam kalangan pemerintah Arab. - Bernama

Artikel Berkaitan: