Skuad futsal negara mulakan persiapan

Senarai nama 16 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam bagi menyertai kem latihan pusat bermula 19 Mac hingga 9 April sebagai persiapan menjelang Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 di Thailand dari 11 hingga 19 Mei 2024.
Senarai nama 16 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam bagi menyertai kem latihan pusat bermula 19 Mac hingga 9 April sebagai persiapan menjelang Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 di Thailand dari 11 hingga 19 Mei 2024.
A
A
A

SKUAD futsal negara akan memulakan persiapan Kejuaraan Futsal Asean 2024 dengan menjalani latihan tempatan pada 19 dan 20 Mac sebelum terbang ke Bangkok, Thailand.

Ini bagi menghadapi kejohanan jemputan empat penjuru, NSDF Futsal Championship Thailand 2024 di Stadium Nonthaburi dari 24 hingga 28 Mac.

Perlawanan pertama, anak buah Rakphol Sainetngam akan menentang Afghanistan pada Ahad, 24 Mac diikuti perlawanan kedua berdepan tuan rumah, Thailand pada Isnin, 25 Mac.

Perlawanan ketiga pula skuad negara akan menentang Australia pada Rabu, 27 Mac.

Pada Khamis, 28 Mac, pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam format liga sepusingan itu akan bertembung bagi perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sementara itu dua pasukan teratas bakal bertemu pada perlawanan akhir bagi menentukan kejuaraan.

Skuad futsal Harimau Malaya akan kembali ke tanah air pada 29 Mac untuk menyambung kem latihan pusat tempatan sebelum terbang pula ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 5 April bagi mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di sana dan pulang ke tanah air pada 9 April.

Senarai 16 pemain kem latihan pusat

Artikel Berkaitan:

Aiman Fikry Ramli (250 Johor Darul Ta'zim

Abu Hanifaa HAsan (30) Johor Darul Ta'zim

Mohamad Awalluddin Mat Nawi (26) JJohor Darul Ta'zim

Muhammad Danial Abdul Dain (28) Johor Darul Ta'zim

Mohd Ridzwan Bakr (28) Johor Darul Ta'zim

Mahadir Harahap Khairuddin (24) Johor Darul Ta'zim

Muhammad Saad Abdul Sani (26) Johor Darul Ta'zim

Muhammad Syawal Sabaruddin (27) Selangor FC

Muhammad Faris Mohd Johan (24) Selangor FC

Syahir Iqbal Khan Akhbar Khan (19) Selangor FC

Syed Aizad Daniel Syed Nasir (28) Selangor FC

Ahmad Harith Na'im Mohd Nasir (24) Pahang Rangers

Hamdan Zarif Mahmun (23) Pahang Rangers

Muhammad Farhan Khairul Anuar (27) Shah Alam City

Syed Shahrul Niezam Syed Abdul Rahim (25) Terengganu City

Muhammad Hikmal Firdaus Muhammad Darul Ridzuan (27) Sabah

Senarai Bersedia

Mohamad Faezwan Ashwandie Ahmad (24) Sabah

Muhammad Alif Izzat Rosdi (25) Terengganu

Muhamad Razin A Rahim (29) Shah Alam City

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrain (37) Selangor

Muhammad Syarifuddin Md Akhir (23) Gombak Tot United

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!