Sila log masuk terlebih dahulu.

Saya bimbang kalau ada risiko keciciran - Rafizi

A
A
A

BERITA SEMASA 18 Mac 2024

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak 4,752 lokaliti berpenduduk berisiko tercicir dalam mendapatkan sebarang bantuan kerajaan.

Ia kerana lokaliti berkenaan didapati tidak mempunyai rekod dalam sebarang bantuan kerajaan sebelum ini termasuk Pangkalan Data Utama (PADU).

Tambah Rafizi, bermula 31 Mac ini, data yang sedia ada dan telah dikemaskini dalam PADU akan digunakan sebagai panduan untuk merangka dasar serta akan digunakan untuk menentukan kelayakan individu untuk program kerajaan, bantuan dan subsidi.

Beliau berkata, jika rakyat masih tidak mendaftar dan mengemaskini data di dalam PADU, kerajaan akan menggunakan data yang didapati daripada jabatan serta agensi kerajaan sedia ada.

Namun katanya, data sedia ada itu mempunyai risiko sama ada ia tidak tepat atau tidak terkini sekali gus memberikan kesan kepada rakyat dalam mendapatkan bantuan kerajaan.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/655178/berita/nasional/padu-selangor-bakal-negeri-tertinggi-keciciran-bantuan-subsidi-bersasar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PADU #Rafizi #Bantuan