Bekas ADUN Bongawan sertai Gagasan Rakyat

Karim (tiga dari kanan) menyerahkan borang keahlian Gagasan Rakyat kepada Hajij (empat dari kanan) di SICC Kota Kinabalu.
Karim (tiga dari kanan) menyerahkan borang keahlian Gagasan Rakyat kepada Hajij (empat dari kanan) di SICC Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lagi pemimpin Parti Warisan (Warisan) mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Ahad.

Datuk Karim Bujang yang menyandang jawatan sebagai Pengerusi Tetap Warisan telah menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Sebelum itu, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan hadir pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan Gagasan Rakyat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Masidi Manjun dan Naib Presiden, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif serta Datuk Masiung Banah.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah sebelum itu telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat yang berlangsung di tempat sama.

Untuk rekod, Karim merupakan bekas calon Warisan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada tahun 2020 namun tewas apabila calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin berjaya memenangi kerusi tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: