Polis minta bantuan kesan lelaki hilang

Tea Lai Huat
Tea Lai Huat
A
A
A

ROMPIN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa dilaporkan hilang dikenali sebagai Tea Lai Huat, 38, yang beralamat di Jalan Sabak, Kuala Rompin.

"Laporan telah dibuat oleh isteri mangsa pada 8 Mac lalu. Kali terakhir mangsa dilihat di Kuala Rompin, sebelum keluar dari rumahnya.

"Mangsa juga tidak bekerja dan mempunyai seorang anak," katanya pada Ahad.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat di 09-414 5222 atau 017-487 7230, selain menyalurkan maklumat di balai polis terdekat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: