[VIDEO] Anjing tekan hon gara-gara tuan lama 'shopping'

Pemilik bergegas ke kereta dan terkejut melihat anjingnya berada di ruang pemandu sambil menekan hon.
Pemilik bergegas ke kereta dan terkejut melihat anjingnya berada di ruang pemandu sambil menekan hon.
A
A
A

MELBOURNE - Seekor anjing dipercayai terpaksa menekan hon kereta gara-gara tuannya terlalu lama keluar membeli barang di sebuah kedai jalan utama Mornington, selatan Melbourne, Australia.

Video berdurasi 25 saat itu dimuat naik di Instagram pelumba profesional, Steele von Hoff sebelum tular di laman sosial.

Menerusi Von Hoff, dia kebetulan berada di kawasan tersebut dan merakam aksi anjing yang berada di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan kira-kira jam 9.30 pagi, katanya kepada Daily Mail.

Anjing dipercayai dari baka campuran Shar Pei dikatakan bosan dan mahu keluar dari kereta hingga membuatkan haiwan itu menekan hon tanpa henti.

Anjing dipercayai dari baka campuran Shar Pei dikatakan bosan dan mahu keluar dari kereta.
Anjing dipercayai dari baka campuran Shar Pei dikatakan bosan dan mahu keluar dari kereta.

Ekoran terdengar bunyi hon sangat kuat, pemilik kereta itu bergegas ke kereta, namun terkejut melihat anjingnya berada di ruang pemandu sambil menekan hon.

Pemilik itu terus membuka pintu dan ternyata dua ekor anjing pantas keluar dari kereta berkenaan.

Aksi lucu anjing itu membuatkan Von Hoff berseloroh akan berbuat perkara yang sama ketika menunggu ibunya ke pasar raya.

Artikel Berkaitan:

Beberapa netizen berkata, anjing itu sungguh bijak malah sangat lucu.

Sehingga kini, video itu ditonton seramai 45,664 penonton sejak dimuat naik semalam.

I used to do the same when mum went in to the supermarket without me. Surprised he didn’t take off down Main Street. Sound on (Window is down for those keyboard warrior’s) #dogsofinstagram #dogstagram #dogsrule #doglovers #dogoftheday #dog

A post shared by Steele von Hoff (@steelervh) on Jan 9, 2020 at 3:00am PST