Sila log masuk terlebih dahulu.

Kekal harga RM7, nasi beriani gam Basir licin dalam tempoh sejam

A
A
A

BERITA SEMASA 15 MAC 2024

Seorang peniaga nasi beriani gam di bazar Ramadan Pekan Parit Betak, Pontian masih mengekalkan harga RM7 sebungkus sejak dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menariknya, beriani gam dijual Basir Hasan, 55, itu 'licin' dalam tempoh sejam sebaik sahaja gerai dibuka pada jam 4 petang setiap hari.

Basir memberitahu, harga bahan mentah menunjukkan peningkatan seperti bawang merah hampir RM8 sekilogram berbanding sekitar RM4 sebelum ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654698/edisi/johor/kekal-harga-rm7-nasi-beriani-gam-basir-licin-dalam-tempoh-sejam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BerianiGam #Pontian