Sila log masuk terlebih dahulu.

Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi

A
A
A

BERITA SEMASA 15 MAC 2024

Pengarah Syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) mengaku di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata demikian ketika prosiding mencabar kredibilitinya yang didakwa wujud percanggahan dalam kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kenyataannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 2 November tahun lepas, Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti Zarul Ahmad setelah mendapati wujud percanggahan dalam kenyataan saksi itu kepada SPRM dengan kenyataannya di Mahkamah Sesyen di sini.

Perbicaraan di hadapan bersambung 1 April depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654707/berita/semasa/nama-guan-eng-timbul-selepas-kes-gnanaraja-disiasat---saksi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #TerowongPulauPinang #LimGuanEng