Polis selesai rakam keterangan Kok Seong

Teo Kok Seong
Teo Kok Seong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan selesai merakamkan keterangan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi berkata, keterangan diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Beliau (Kok Seong) hanya dirakam percakapan dan tidak melibatkan sebarang rampasan," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini mengesahkan polis membuka kertas siasatan terhadap Kok Seong berhubung kenyataan yang mendakwa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan negara. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: