Wanita warga emas maut dalam kebakaran

Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di USJ4, Selangor awal Jumaat.Foto JBPM Selangor
Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di USJ4, Selangor awal Jumaat.Foto JBPM Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di USJ4, Selangor awal Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang, Shamsul Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 pagi berhubung kebakaran melibatkan rumah jenis teres yang terbakar sekitar 60 peratus serta sebuah kenderaan.

Beliau berkata, sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang serta Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pasangan suami isteri terlibat merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 70-an.

"Wanita itu berjaya dibawa keluar oleh bomba namun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.

Shamsul berkata, api dapat dikawal sekitar 1.40 pagi. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: