Lelaki maut dihempap dinding konkrit

Mayat mangsa ditemui ibunya dalam keadaan terbaring mengiring di atas lantai manakala konkrit dinding berada di bahagian atas sisi badan mangsa. - Gambar hiasan
Mayat mangsa ditemui ibunya dalam keadaan terbaring mengiring di atas lantai manakala konkrit dinding berada di bahagian atas sisi badan mangsa. - Gambar hiasan
A
A
A

JERANTUT - Seorang lelaki tidak sempat berbuka puasa apabila ditemui maut dihempap dinding konkrit di Felda Kota Gelanggi 1 dekat sini pada pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dikenali Mohd Asri Azam, 41, ditemui oleh ibu mangsa, Minah Mat Husin, 75, di sebuah rumah kosong bersebelahan rumahnya.

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai manakala konkrit dinding berada di bahagian atas sisi badan mangsa.

"Temu bual dengan ibu mangsa mengatakan kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu, mangsa ketika itu sedang membersihkan kawasan belakang rumah kosong yang tidak didiami terletak bersebelahan rumahnya.

"Pada jam lebih kurang 7 malam, ibunya telah memanggil mangsa untuk balik berbuka tetapi tiada maklum balas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Azman berkata, ibu mangsa telah pergi mencari dan menemui mangsa telah meninggal dunia di atas lantai dengan dinding konkrit menghempap atas badan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan fizikal mangsa tiada sebarang kecederaan atau kesan perbuatan khianat atau jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan mati mengejut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28