Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang

Hospital Selayang. Foto Bernama
Hospital Selayang. Foto Bernama
A
A
A

SELAYANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pesakit lelaki yang menghidap masalah mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang pada Rabu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Samsudin berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.

Menurutnya, lelaki berkenaan mempunyai masalah kesihatan mental yang serius dan mengambil rawatan di salah sebuah fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Menurut saksi kejadian, sekitar jam 7.45 petang, pesakit telah bertindak agresif dan dalam tempoh masa yang singkat berjaya memisahkan restrainer (penahan) pada kedua-dua belah tangannya dari katil dan melompat keluar melalui tingkap serta terjatuh ke aras 4.

"Saksi kejadian tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku begitu pantas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ummi Kalthom, jururawat yang bertugas mengaktifkan 'Code Rainbow' melalui operator dan Unit Keselamatan Hospital Selayang bergegas mendapatkan pesakit terbabit.

"Pesakit dibawa ke Zon Resus, Bahagian Kecemasan dan Trauma serta dirawat di Unit Rawatan Rapi dan berada dalam keadaan stabil.

"KKM amat kesal dan mengambil serius terhadap kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Adalah menjadi keutamaan KKM, keselamatan pesakit dan perkhidmatan yang diberikan mengikut standard yang ditetapkan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28