Sila log masuk terlebih dahulu.

Permohonan masuk PKR ditangguh, pastikan tiada 'trojan horse' - Fahmi

A
A
A

BERITA SEMASA 14 MAC 2024

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa beliau mengambil cakna tentang ada pihak memohon untuk menyertai parti tersebut namun setelah diteliti, permohonan itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang berkata bahawa sesiapa memohon menyertai PKR perlu disemak dan ditapis terlebih dahulu kerana PKR bukanlah parti 'tong sampah'.

Katanya, meskipun PKR merupakan sebuah parti terbuka, namun mereka ada mekanisme untuk pastikan tiada 'trojan horse' ataupun pihak yang mendatangkan kemudaratan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa