Sila log masuk terlebih dahulu.

'Ponti Jibam-jibam Melaka' bukti kerja keras Mohd Saifen

A
A
A

BERITA SEMASA 14 MAC 2024

Disebalik keceriaan menghiburkan orang ramai dengan memakai kostum pontianak di Jalan Jonker Banda Hilir, Melaka, namun siapa sangka ada kisah duka yang disembunyikan individu itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Mohd Saifen Mohamed, 40, atau lebih dikenali dengan nama 'Ponti Jibam-jibam Melaka' sentiasa menyapa dan menghiburkan pelancong pada setiap malam dengan pelbagai aksi bersahaja termasuk menyanyi dan berpantun.

Menurutnya, sebelum ini dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai penghantar surat di sebuah agensi milik kerajaan negeri, namun segalanya berubah selepas terpedaya dengan scammer tambah nilai pada tahun 2010.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654387/edisi/melaka-ns/ponti-jibam-jibam-melaka-bukti-kerja-keras-mohd-saifen

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Ponti #Melaka