Tular jual stoking tertera kalimah ALLAH, KK Super Mart mohon maaf

Tangkap layar kenyataan KK Super Mart pada Rabu. Stoking tular yang tertera kalimah ALLAH SWT.
Tangkap layar kenyataan KK Super Mart pada Rabu. Stoking tular yang tertera kalimah ALLAH SWT.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ALLAH SWT di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.

“Kami kesal dan memandang serius akan perkara ini, untuk makluman, produk ini adalah konsainan daripada pihak vendor.

“Kami juga sudah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Firdaus Wong menerusi Facebook pada Rabu.
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Firdaus Wong menerusi Facebook pada Rabu.

“KK Super Mart juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini, sekali lagi kami memohon maaf dan akan memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya pada Rabu.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang kewujudan stoking tertera kalimah ALLAH SWT yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit tersebut.

Berikutan itu, pada Rabu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan KK Super Mart tidak peka dengan penawaran produk yang menyentuh sensitiviti orang Islam dan meminta pihak berkuasa menyiasat segera perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28