Sila log masuk terlebih dahulu.

Tunggakan gaji: Notis dikeluarkan kepada Kedah Agro

A
A
A

BERITA SEMASA 13 MAC 2024

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi agensinya Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKM) telah mengeluarkan notis kepada Kedah Agro Holdings Bhd (KAHB) berhubung tunggakan gaji 24 pekerja sejak September tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, notis itu dikeluarkan pada Januari lalu.

Jelasnya, pihak berkenaan telah berjanji akan memohon bantuan daripada kerajaan negeri dan beliau harap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu tunggakan syarikat berkenaan yang tular di aplikasi X.

Tegas beliau, pekerja mempunyai hak ke atas gaji mereka dan tunggakan tersebut adalah bercanggah serta melanggar Seksyen 19 Akta Kerja.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654253/berita/nasional/tunggakan-gaji-notis-dikeluarkan-kepada-kedah-agro

Muzik: Elevate dari www.bensound.com