Model tikam teman lelaki: Polis rampas pisau

Pada Selasa, media melaporkan seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian tersebut. Gambar kecil:Ahmad Ridhwan.
Pada Selasa, media melaporkan seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian tersebut. Gambar kecil:Ahmad Ridhwan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan oleh seorang wanita untuk menikam kekasihnya di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, senjata itu dirampas bagi membantu siasatan.

"Kita rampas pisau yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Ahmad Ridhwan berkata, wanita itu direman enam hari bermula Selasa hingga Ahad untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada Selasa, media melaporkan seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, punca kejadian dipercayai bermotifkan cemburu kerana mangsa yang merupakan jurufoto sambilan itu didakwa curang.

Suspek berusia 26 tahun yang juga bekas pelajar perubatan itu berjaya diberkas anggota polis di sekitar kawasan Hospital Cyberjaya pada jam 12.30 tengah hari, selepas dipercayai membawa kekasihnya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Laporan sebelum itu, dibuat pada jam 9.41 pagi oleh doktor yang menerima mangsa di hospital.

Doktor berkenaan mendapati mangsa dibawa dari sebuah klinik swasta. Doktor itu kemudiannya memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa namun tiada sebarang tindak balas.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 7.25 pagi akibat kecederaan luka tikaman di pergelangan tangan kiri dan kaki kiri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!