Biden peroleh cukup perwakilan jadi calon Presiden Demokrat

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memperoleh cukup perwakilan untuk muncul sebagai calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.

Ini selepas Biden diramal memenangi pemilihan peringkat pusingan awal Demokrat di Georgia, menurut unjuran media AS pada Selasa.

Kemenangan Biden di Georgia menjadikan penyandang presiden itu mempunyai 1,968 perwakilan daripada jumlah keseluruhan 3,934 perwakilan yang diperlukan untuk secara rasmi menjadi calon Demokrat dan mewakili parti itu pada pilihan raya presiden AS, November ini, lapor Xinhua.

Sementara itu, bekas Presiden Donald Trump dijangka memenangi peringkat pusingan awal Republikan di Georgia pada Selasa dan semakin hampir dinamakan calon presiden bagi parti itu sekali gus mengulangi pertembungan pilihan raya Presiden 2020 dengan Biden. - Bernama

Artikel Berkaitan: