Sila log masuk terlebih dahulu.

Jual ikan selayang 70 sen sekilogram

A
A
A

BERITA SEMASA 12 MAC 2024

Seorang peniaga di Gua Musang berkongsi rezeki dengan menjual ikan selayang pada harga 70 sen sekilogram.

Zuhairi Hashim, 35, berkata, tindakan tersebut bertujuan membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan untuk menyambut Ramadan.

Menurut beliau yang berasal dari Semerak, Pasir Puteh, selain selayang terdapat lebih 20 jenis ikan lain yang turut dijual di kedainya dengan harga bawah RM10 untuk setiap kilogram.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654085/edisi/kelantan/jual-ikan-selayang-70-sen-sekilogram

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #IkanMurah