AJK tertinggi MFMP dibebaskan dengan jaminan polis

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) yang direman berhubung kes ugutan dan pergaduhan di khalayak ramai, dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 56 tahun itu, telah direman selama dua hari bermula semalam.

Menurutnya, reman lelaki itu berakhir hari ini, namun siasatan kes berkenaan masih diteruskan.

"Kami cuba untuk sambung reman lelaki itu, tetapi mahkamah tidak membenarkannya," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Selasa.

Muhamad Zaki berkata, lelaki itu dipercayai mempunyai kes-kes lain yang berkait untuk disiasat dan diselesaikan.

Sebelum ini, suspek ditahan polis di satu kawasan di Binjai, di sini pada jam 7 pagi Isnin.

Akhbar pada 5 Mac lalu melaporkan polis mencari suspek dan tiga lagi lelaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Selain siasatan bagi kes pukul dan ugut, polis juga menyiasat kes mendatangkan kecederaan dan pecah rumah yang dipercayai dilakukan di daerah ini.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28