Sila log masuk terlebih dahulu.

Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan

A
A
A

BERITA SEMASA 11 MAC 2024

Subsidi ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) masih dikekalkan supaya rakyat tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, bagi mengurangkan beban pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti swasta pula, KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga.

Jelasnya, KKM telah meneliti inisiatif ketelusan harga ubat iaitu fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti diumumkan Perdana Menteri pada 3 Oktober 2023.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653926/berita/nasional/subsidi-ubat-di-fasiliti-kkm-dikekalkan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com