DBKL tutup serta-merta pusat hiburan

DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan bertindak menutup serta-merta sebuah pusat hiburan dalam satu operasi di ibu negara. Foot DBKL
DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan bertindak menutup serta-merta sebuah pusat hiburan dalam satu operasi di ibu negara. Foot DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan bertindak menutup serta-merta sebuah pusat hiburan dalam satu operasi di ibu negara.

Operasi dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dijalankan di dua premis iaitu di Jalan Sungai Besi dan Jalan Metro Pudu.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi Tindakan Khas Premis Berisiko (Kelab/Premis Hiburan) Siri 1/2024 ini, premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Ini termasuk membuka satu kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(b) kerana membuka tempat hiburan tanpa lesen dan satu notis Kaedah 19 - Tiada hiburan selain daripada yang dinyatakan dalam lesen hiburan dibawah Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993.

Operasi dijalankan di dua premis dan masing masing sebuah di Jalan Sungai Besi dan Jalan Metro Pudu. Foto DBKL
Operasi dijalankan di dua premis dan masing masing sebuah di Jalan Sungai Besi dan Jalan Metro Pudu. Foto DBKL

"Hasil serbuan dan pemeriksaan bersepadu bersama JKDM dan JIM di dua buah premis kelab hiburan berkenaan, DBKL mengenakan satu tindakan penutupan (sealed) serta merta.

"DBKL turut menyita 19 pelbagai peralatan ke atas dua buah premis hiburan berkenaan melibatkan pioneer dj sipnner, microphone receiver, microphone, speaker, kerusi, meja petak dan lain-lain peralatan.

Artikel Berkaitan:

Operasi ini mendapat kerjasama JKDM dan JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Foto DBKL
Operasi ini mendapat kerjasama JKDM dan JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Foto DBKL

"Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk di dokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis," kata kenyataan itu.

DBKL dalam kenyataan sama turut memaklumkan, tindakan penguatkuasaan ini diteruskan dari masa ke semasa mengikut siri tindakan dalam kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!