Nikmati daging halal premium kualiti Australia

Khalid (kiri) menunjukkan pek bungkusan daging segar yang dijual kepada para pengguna.
Khalid (kiri) menunjukkan pek bungkusan daging segar yang dijual kepada para pengguna.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengguna di negara ini kini berpeluang untuk mendapatkan serta menikmati rangkaian produk daging halal premium di bawah jenama MBA Food.

Diimport segar secara terus dari Australia, produk daging halal yang diperkenalkan kepada pengguna oleh MBA Food Malaysia Sdn Bhd (MBA Food Malaysia) itu terdiri daripada daging lembu, biri-biri dan kambing.

Pengarah MBA Food Malaysia, Jennifer Yerriah berkata, selain pelbagai produk akhir premium, pihaknya turut menawarkan haiwan hidup yang diimport secara langsung dari negara tersebut.

Melalui rangkaian produk ditawarkan katanya, MBA Food Malaysia yakin mampu menyediakan penyelesaian mampan kepada permintaan semasa daging halal untuk pasaran domestik dan serantau.

JENNIFER
JENNIFER

"Malaysia adalah negara pertama yang kami (MBA Food Malaysia) pilih untuk menjadi hab di Asia Tenggara bagi bekalan daging segar di rantau ini. Ketika ini, kami merupakan pengeksport utama daging halal sejuk beku dan potongan asas (primal cuts) di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) sejak 15 tahun lalu.

“Dengan keterlibatan MBA Food Malaysia dalam industri bekalan daging halal segar, kami berharap Malaysia akan menjadi hab bagi bekalan produk makanan serantau dan global," katanya semasa majlis pelancaran produk MBA Food Malaysia di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan, Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM), Khalid Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Sasaran pasaran

Dalam pada itu, Jennifer memberitahu bahawa MBA Food Malaysia menyasarkan pasaran produk daging halal untuk sektor hospitaliti utama, perkhidmatan restoran selain sektor runcit yang boleh diakses secara terus oleh para pelanggan.

"Pelanggan juga boleh mendapatkan bekalan daging halal berkualiti dari Australia secara langsung tanpa orang tengah, menjadikannya lebih berpatutan," jelasnya.

Jennifer (kiri) menerangkan kepada Khalid (kanan) mengenai daging halal segar yang dijual oleh MBA Food Malaysia.
Jennifer (kiri) menerangkan kepada Khalid (kanan) mengenai daging halal segar yang dijual oleh MBA Food Malaysia.

Malah, produk MBA Food Malaysia juga katanya amat sesuai untuk digunakan dalam masakan tempatan yang mana lebih banyak produk baharu akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.

Ketika ini, MBA Food Malaysia menawarkan pelbagai produk daging halal segar (lembu, biri-biri dan kambing) di pasaran tempatan meliputi paha, rak, set rusuk, bahu, leher dan daging cincang rendah lemak.

Rangkaian produk tidak terhad kepada senarai produk yang disediakan kerana MBA Food Malaysia menawarkan penyesuaian mengikut keperluan dan permintaan pelanggan sebagai salah satu daripada model perniagaan.

"Kami percaya bahawa komitmen kami terhadap kualiti, amalan kerja yang beretika dan mampan membantu kami bersaing secara sihat di pasaran," ujarnya.

MBA Food Malaysia mampu main peranan tingkat sekuriti makanan negara - Khalid

Khalid (dua dari kiri) memotong daging sebagai simbolik pelancaran produk MBA Food Malaysia di Kuala Lumpur pada Khamis.
Khalid (dua dari kiri) memotong daging sebagai simbolik pelancaran produk MBA Food Malaysia di Kuala Lumpur pada Khamis.



KUALA LUMPUR - MBA Food Malaysia Sdn Bhd (MBA Food Malaysia) diyakini mampu meningkatkan jaminan sekuriti makanan negara ini.

Demikian dinyatakan Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Khalid Ibrahim yang mana beliau menyifatkan penglibatan MBA Food Malaysia dalam industri daging halal segar itu memberi kesan positif kepada pertambahan bekalan makanan untuk keperluan tempatan.

Katanya, walaupun permintaan bekalan daging di Malaysia ketika ini meningkat, namun ia bukanlah satu petanda yang positif sekiranya penawaran bekalan bahan itu tidak mencukupi.

“MBA Food Malaysia memenuhi keperluan (tambahan bekalan) ini dengan mengimport dan menjual secara terus produk daging ternakan dari Australia meliputi lembu, kambing dan biri-biri dengan harga berpatutan.

“Sekuriti makanan semakin menjadi kebimbangan ketika ini. Syarikat seperti MBA Food Malaysia ini memainkan peranan penting supaya para pengguna mampu mengakses pilihan makanan yang selamat dan berkhasiat,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan pelancaran produk MBA Food Malaysia di sini pada Khamis.

Rangkaian produk MBA Food Malaysia adalah segar, halal dan amat sesuai untuk setiap hidangan masyarakat tempatan.
Rangkaian produk MBA Food Malaysia adalah segar, halal dan amat sesuai untuk setiap hidangan masyarakat tempatan.

Tambah Khalid, MBA Food Malaysia turut menyumbang kepada kepuasan pengguna Malaysia menerusi bekerjasama dengan pembekal reputasi tinggi serta mematuhi piawaian kualiti terbaik.

Justeru, beliau yakin MBA Food mampu menjadi jenama dipercayai dalam pasaran Malaysia dengan tumpuan produk halal segar dan premium.

"Kami (KPKM) meraikan pengembangan produk oleh MBA Food Malaysia yang menandakan petunjuk penting kepada pembangunan industri makanan halal Malaysia," jelasnya.