RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA- Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen manakala RON95 dan diesel dilaporkan kekal bagi tempoh 11 hingga 17 Januari 2020.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.32 dan RM2.46 seliter.

"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit RON95 yang berada pada paras RM2.35 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.43 seliter," katanya.

Kenyataan sama menyebut, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

"Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh tersebut adalah berjumlah RM122.85 juta.

Artikel Berkaitan: