Sila log masuk terlebih dahulu.

Sarapan sekampung sambut ketibaan Ramadan

A
A
A

BERITA SEMASA 8 MAC 2024

Menjelang Ramadan, penduduk kampung di Parlimen Pontian menyambutnya dengan cara tersendiri iaitu dengan mengadakan sarapan sekampung di Kampung Parit Dato Onn, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Sarapan sekampung cukup unik kerana penduduk membawa sendiri juadah seperti lempeng, serabai, sambal tumis, kuih bakar dan putu ayu di dalam mangkuk tingkat atau tepen.

Acara yang dihadiri lebih 300 orang itu dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan bacaan doa selamat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653549/edisi/johor/sarapan-sekampung-sambut-ketibaan-ramadan?fbclid=IwAR2C38xJu2CTZfcH4GaPbrnKF-beqSxwPANgzpmrMFunCbRf60QnVQar9c8

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sarapansekampung #ramadhan #pontian #AhmadMaslan