Langkah ketenteraan baharu terhadap Iran: Trump perlu kelulusan kongres

Donald Trump - Foto 123RF
Donald Trump - Foto 123RF
A
A
A

NEW YORK - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Parti Demokrat, semalam telah meluluskan satu resolusi tidak mengikat yang memaksa Presiden, Donald Trump mendapatkan kelulusan kongres sebelum mengambil langkah-langkah ketenteraan baharu terhadap Iran, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Resolusi kuasa-kuasa perang paling simbolik itu telah diluluskan selepas 224 perwakilan (yang terdiri daripada hampir semua perwakilan Demokrat, tiga perwakilan Republikan dan seorang perwakilan bebas) mengundi menyokong resolusi itu berbanding 194 yang menentang.

Undian itu berlaku selepas hampir seminggu Trump menandatangani arahan serangan dron AS di Iraq yang menyebabkan komander tertinggi tentera elit Iran, Qasem Soleimani terbunuh dan menyebabkan kedua-dua negara semakin menghampiri peperangan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa sejak revolusi Islam 1979.

ARTIKEL BERKAITAN: Iran mahu tayang kehebatan misil

Tiada rakyat Amerika yang maut, cedera dalam serangan Iran

Jerry Nadler, perwakilan Demokrat dari New York dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan berkata, pembunuhan itu yang berlaku di luar lapangan terbang Baghdad telah menjadikan situasi dunia semakin berbahaya dengan memburukkan lagi keadaan di rantau yang sudah pun bergolak.

“Selepas hampir dua dekad berperang, Presiden Trump terus merisikokan keselamatan Amerika, anggota tentera dan sekutu kita apabila menyebabkan ketegangan dengan Iran semakin meruncing sehingga mencecah tahap baharu yang berbahaya,” tulis Nadler di Twitter.

Bagaimanapun, perwakilan Republikan berhujah bahawa isu Iran perlu ditangani dan Trump telah diberi lampu hijau mengarahkan serangan itu di bawah pengizinan peperangan yang diluluskan Kongres AS pada 2002 selepas serangan 11 September 2001. - Bernama

Artikel Berkaitan: