Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kerajaan Madani umpama burung tiung' - Abdul Hadi

A
A
A

BERITA SEMASA 6 MAC 2024

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat ‘burung tiung’ yang hanya tahu mengikut sahaja kata-kata 'tuannya', tanpa memahami maksudnya.

Tan Sri Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab celahan daripada Datuk Abdul Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanya adakah beliau setuju kerajaan sekarang seperti 'burung tiung', bercakap tapi tidak tahu apa yang dicakapkan.

Dalam ucapan sama, Presiden Pas itu turut mengingatkan kerajaan berkaitan keadilan ketika memerintah dan ia termasuklah dengan memberikan peruntukan kepada pembangkang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653018/berita/nasional/kerajaan-madani-umpama-burung-tiung---abdul-hadi

#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat