Sila log masuk terlebih dahulu.

Isa Samad lepas bebas kes rasuah RM3 juta

A
A
A

BERITA SEMASA 6 MAC 2024

Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa, daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Tan Sri Mohd Isa atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652976/berita/semasa/isa-samad-lepas-bebas-kes-rasuah-rm3-juta

#SinarHarian #BeritaSemasa #MahkamahRayuan #IsaSamad #FELDA