Sila log masuk terlebih dahulu.

Sesi JKP Adira, Datuk Red gagal

A
A
A

BERITA SEMASA 5 MAC 2024

Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara penyanyi terkenal, Adira Suhaimi dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang lebih dikenali sebagai Datuk Red menemui jalan buntu apabila pasangan suami isteri ini tetap dengan pendirian masing-masing, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Ketika prosiding permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar pada Selasa, Adnan, 42, dimaklumkan tidak akan menceraikan isteri keduanya itu, namun berbeza dengan Adira, 33, yang kekal dengan keputusan untuk berpisah.

Susulan itu, kes mereka akan diteruskan dengan lantikan hakam di mahkamah sama pada 24 April depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652787/berita/semasa/sesi-jkp-adira-datuk-red-gagal

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #AdiraSuhaimi #Mahkamah