Sila log masuk terlebih dahulu.

JKDM gagalkan penyeludupan migran

A
A
A

BERITA SEMASA 4 MAC 2024

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor, berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan migran apabila menahan seorang lelaki warga Singapura yang didapati menyorok dalam but belakang sebuah kereta ketika melakukan pemeriksaan masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, 13 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 3.30 petang selepas pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah kereta yang dinaiki dua wanita tempatan berusia 20 tahun.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1