Sila log masuk terlebih dahulu.

Mahu kelainan, pengantin berarak naik 'towing'

A
A
A

BERITA SEMASA 2 MAC 2024

Pasangan pengantin diraikan dengan sambutan yang unik apabila diarak menaiki trak tunda atau 'towing' pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Rawai, Marang pada petang Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, NurFardlina Izzati Moktar.

Idea tersebut tercetus sendiri daripada pengantin lelaki, Muhammad Badrul Haikal Muhammad Bakri terhadap isteri tercinta, Nurul Nazifah Ismail dengan membuat kelainan berarak menaiki trak tunda sebagai kenangan pada hari bahagia mereka.

Muhammad Badrul Haikal yang bekerja sebagai pemandu trak tunda sejak tiga tahun lepas itu berkata, idea secara spontan bersama rakan-rakan sekerjanya tersebut turut dipersetujui Nurul Nazifah serta ahli keluarga lain.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652335/edisi/terengganu/pengantin-berarak-naik-towing